Oh. Aku Ada Blog Rupanya.


Post terakhir, Mei 2010..

Gulp... 5 tahun lepas. Aku dah betul2 lupa kewujudan blog ni.. cepatnya masa berlalu. Medium sosial dah pelbagai.

Facebook
Instagram
Tweeter
Whatsapp
Pinterest

   Macam-macam lagi. Mungkin sebab lebih gemar ber Facebook, sbb capaian lebih pantas, sebaran maklumat lebih tepat dan cepat, aku lebih suka guna Facebook. Di kala zaman kegemilangan laman Blogspot personal semakin berakhir.

  Itu pandangan peribadi aku. mungkin ada yang kurang setuju. Update blog memerlukan lebih masa berbanding laman social lain yang kebanyakan bersifat "automatik". semua terlaksana hanya dgn beberapa sentuhan. Dan pastinya lebih populariti.

  Tetapi, semakin hari semakin ramai pengguna Facebook dan lain-lain media sosial. Jika dulu, hanya mereka yg dr kalangan berpendidikan aktif menggunakan media sosial, tp kini tidak lagi. Bila laman social dipenuhi dengan orang-orang yang tiada adab, budak-budak sekolah rendah yang belum mumayyiz, budak-budak baru nak 'up', dan bermacam jenis perangai, aku nampak semakin pudar peranannya untuk penyumbang sebagai salah satu pusat sebaran ilmu. Penuh dengan kalam nista berbaur toksik sosial.

 Mungkin sudah tiba masa untuk aku kembali kepada cara klasik ini.

Selamat kembali wahai Penjejak.