Oh. Aku Ada Blog Rupanya.


Post terakhir, Mei 2010..

Gulp... 5 tahun lepas. Aku dah betul2 lupa kewujudan blog ni.. cepatnya masa berlalu. Medium sosial dah pelbagai.

Facebook
Instagram
Tweeter
Whatsapp
Pinterest

   Macam-macam lagi. Mungkin sebab lebih gemar ber Facebook, sbb capaian lebih pantas, sebaran maklumat lebih tepat dan cepat, aku lebih suka guna Facebook. Di kala zaman kegemilangan laman Blogspot personal semakin berakhir.

  Itu pandangan peribadi aku. mungkin ada yang kurang setuju. Update blog memerlukan lebih masa berbanding laman social lain yang kebanyakan bersifat "automatik". semua terlaksana hanya dgn beberapa sentuhan. Dan pastinya lebih populariti.

  Tetapi, semakin hari semakin ramai pengguna Facebook dan lain-lain media sosial. Jika dulu, hanya mereka yg dr kalangan berpendidikan aktif menggunakan media sosial, tp kini tidak lagi. Bila laman social dipenuhi dengan orang-orang yang tiada adab, budak-budak sekolah rendah yang belum mumayyiz, budak-budak baru nak 'up', dan bermacam jenis perangai, aku nampak semakin pudar peranannya untuk penyumbang sebagai salah satu pusat sebaran ilmu. Penuh dengan kalam nista berbaur toksik sosial.

 Mungkin sudah tiba masa untuk aku kembali kepada cara klasik ini.

Selamat kembali wahai Penjejak.

Setahun... Permulaan yg Jerih..


No pain, no gain..
Seribu kemaafan dipinta, atas sebab lama menyepi, bukan sengaja, cume terlalu byk urusan perlu diberi priority yg lebih..

2 semester sudah berlalu, genaplah 1 tahun di medan ilmu Gombak campus UIAM. Sudah tak terkira segala jerih perih dilalui, rehat hanya sekadar utk makan, tidur,mandi dll.. Yg agak menarik tentang pelajar KAED (Kulliyyah of Architecture & Environmental Design) ni, dunia kami agak berlainan dgn pelajar lain.. Mungkin ada yg faham tentang perkara ini dan mungkin juga tidak.. sesiapa yg rapat, atau ada roomate dengan student KAED akn faham situasi ini..

STUDIO bukan sekadar tempat buat kerja, tapi juga adalah 'life'.. Bg sesetengah student, Mahallah hanya sekadar tempat untuk salin pakaian, mandi dan tidur.. Itu pun kalau sempat.. tidak kurang juga yang lebih selesa tidur di studio, siapkan terus pakaian utk 2 atau 3 hr... hujung minggu baru balik bilik. Terutamanya bg student yg tiada transportation. Saya rasa sgt brsyukur krn sekurang-kurangya, ada kenderaan sendiri, utk memudahkn urusan.
Waktu paling kritikal ialah dalam minggu dan hari2 terakhir sebelum presentation. Tempat tidur bkn lagi masalah, anytime,anywhere.. Samada baring di lantai studio, atas susunan kerusi ataupun di atas meja, semua tiada masalah. Langsung tiada masalah utk lena.. Yg paling kritikal, terlena semasa drive!! Setakat ini, dalam studio sy sndiri sudah ada 2 kes kemalangan atats asbab ini. Seorang sister sudah 'terbang' sejauh 5 meter dgn skuternya. Patah tgn dan cedera di muka.. Yg kedua, seorang sahabat baik sy 'berjaya' membuktikan kekerasan kereta PROTON apabila telah meranapkan sebuah TOYOTA Vios dgn Satria Neo nya.. Tp Vios itulah yg selamatkn dari terjun longkang besar.

Belum lg dengan kerenah dari lecturers  dan sahabat, yg menjadi asam garam kpd setiap yg bergelar DESIGNER. Design yg cantik belum tentu dapat markah yg tinggi, malah kemungkinan akan gagal tetap ada. SENI adalah sesuatu yg SUBJEKTIF. Analogi mudahnya adalah spt makanan.. Setiap org tafsirkan 'sedap' dgn pandangan yg berbeza. tiada yang betul dan tiada yg salah.. begitu juga dgn 'cantik' Tiada istilah 'pandai' atau 'tidak pandai', yg menjadi ukuran ialah 'rajin', 'kreativiti' 'wormanship',

Bukan tujuan saya untuk merungut, tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman, supaya kita saling faham antara satu sama lain dan saling berbaik sangka..
KAED Galllery.. Sering menjadi venue utk majlis perkahwinan..

Kembali kpd kisah sy di Gombak ni, sgt bersemangat pd mulanya. Tp perlu diingat, campus Gombak jauh lebih besar dr CFS di PJ mahupun Nilai.. Jarak antara Mahallah dengan Kulliyyah jauh, ada yg sehingga 45 minit jalan kaki, bergantung kpd Mahallah mana dan Kuliyyah mana tempat blejar.. Sy tinggal di Mahallah Bilal, perjalanan ke KAED ambil masa dalam 30 minit jalan kaki.


..................................to be continued.......................................................

Amanah


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan, antaranya:
Apakah yg paling berat di dunia ini?
Jawab muridnya, Besi, Gajah..
Imam Ghazali berkata "Semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak"
**********************************************************************************
"Mar, mu jd calon vice presiden designext.. Kawe letok namo demo dale list.." Kata seorang sahabat kpd Si Penjejak setelah meluru dari pintu hadapan studio 16.. Sejak itu, Si Penjejak mula gelisah, perasaan bercampur baur antara takut, gementar, harapan dan sedikit amarah.. Takut kerana bakal memikul suatu amanah yang penting dalam suatu pertubuhan penting Kuliyyah. Gementar jika tidak dapat menjalankan amanah, bakal dipersoal di Masyhar nanti, apa yg akan Si Penjejak jawab di hadapan Tuannya dan sedikit amarah kepada sahabatnya, Syukur(bukan nama sebenar) itu, lantaran tidak didiskusi terlebih dahulu dengannnya.. Namun, jauh di sudut hati, Si Penjejak hormat kpd sahabatnya itu yang lebih arif mengecap asam garam perjalanan lantaran perbezaan umur yang agak ketara dan pernah memegang pelbagai amanah sebelum ini.

Sebenarnya, sudah lama dalam sudut hati si penjejak, kurang senang dan selesa dgn suasana kuliyyah yg agak ‘sosial’, percampuran lelaki dan perempuan yg agak ketara, budaya hedonism, kurangya program-program ilmu, lemahnya peranan persatuan menjaga kebajikan pelajar dan sebagainya. Namun dia tidak yakin dapat merubah semua itu sekelip mata… Ia bukanlah tugas yg ringan. Insan hebat seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz pun ambil masa selama 2 tahun setengah untuk mengubah kehidupan masyarakatnya kepada mengikut syariat.

Terdetik di hati Si penjejak untuk menanyakn pendapat sahabat seperjuangan yg mungkin pernah dibelenggu situasi sama. Aqim namanya, memikul suatu tanggungjawab yg cukup besar di sebuah pusat pengajian. Berdasarkan pengalamannya, diharapkan agar dapat menyuluh jalan Si Penjejak yg kini berada di persimpangan.

“Kalau dah tiada orang yg lebih baik, Ana rase anta patut ambil jawatan tu, takut nanti, kalau anta tolak, orang yg tak sepatutnya pula yg naik, anta juga yg tanggung saham “

Subhanallah, Si penjejak agak tersentak, semakin kusut fikirannya. Namun, masih ada harapan terakhir untuknya membuat keputusan, kepada Pencipta diadukan segala kekusutan dan kesulitan ini..


“Ya Allah, jika sesungguhnya engkau takdirkan aku menjadi pemimpin yang akan mengubah suasana tempat ini kepada yang mengikut syariatMu, aku redha. Namun, jika bukan aku, Kau jauhilah aku dari amanah ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup memikul sesuatu yang tidak mampu kulakukan dan menjawab soalan perihal amanah itu di padang Mashar nanti.”

Dan Si Penjejak menunggu keputusan undian dengan penuh redha….

Pasca Sedar (v2): Antara fitrah dan matlamat


"Setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibubapalah yg mencorakkannya samada Yahudi, Majusi atau Nasrani"..~mafhum hadith



Fitrah manusia itu putih suci, tidak ternoda oleh titisan tinta hitam dosa. Ibubapa diamanah utk mencorakkan warna-warna ilmu, garisan-garisan aqidah dan bentuk-bentuk akhlak.Walau banyak manapun elemen-elemen tersebut diguna, namun ia mesti berlandas prinsip-prinsip tertentu. Dua panduan warisan Nabi Muhammad SAW, mengajar perspektif terbaik, irama terindah serta pengulangan yang konsiten, pastinya menghasilkan corak yang maha hebat.Dari corak inilah, lahirnya peribadi yang mulia seperti Imam As-Syafie, pemerintah agung Sultan Muhammad Al-Fateh-menawan Konstatinopole pd umar 24 tahun.

Namun, manusia juga dicipta dengan fitrah lain seperti keinginan (pasangan, kekayaan, pangkat, harta) perasaan (marah, sedih, gembira) dan sebagainya. Firman Allah

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-Imran,14)

Dari perspektif yang lebih praktikal, sebagai mahasiswa atau lebih suka Si Penjejak tafsirkan sebagai Mujahid Ilmu, seindah mana pun kita dicorak oleh ibu bapa, tidak dapat tidak, kita mempunyai keinginan-keinginan tersebut, yang diciptakan Allah kedalam setiap diri insan. Corak yg baik mampu mengawal unsur tersebut agar selari dengan garisan-garisan aqidah, tidak kontra dengan warna-warna Ilmu serta serasi dengan bentuk-bentuk Akhlaq.
Namun, seringkali keinginan-keinginan sebegitu jika tidak dapat dikawal, mampu menjadi batu penghalang, yang menghalang terlihatnya sinar MATLAMAT kepada para mujahid ilmu. Ramai yang kecundang, tersasar..

*********************************************************************************

Sebagai Mujahid Ilmu, Si Penjejak sentiasa bersemangat, melangkah keras, agar dihadapan, paling tidak, seiringan dengan teman seperjuangan yang lain. JELAS, Si Penjejak ada matlamat. Namun, Si Penjejak juga manusia, keinginan-keinginan fitrah sering menjengah di kaca mata, kadangkala menghias sunyinya susur jalan..

Ada yang dapat dipenuhi, setelah diambil kira sebagai keperluan peribadi, instrument untuk capaian Ilmu. Namun, ada yang tidak dapat dipenuhi atas pelbagai faktor. Keingingan yang tidak dipenuhi ini seringkali muncul di kaca mata Si Penjejak, menjadikan pandangannya sedikit teralih dari sinar matlamat.
Pelbagai dilema muncul di kotak fikirannya, dikongsi dengan sebilangan sahabat yang amat dipercayai, dari latar belakang berbeza. Pengalaman dijengah kabus tersebut dikongsi, namun tidak jua reda ganguan tersebut..
Lebih mengejutkan, kabus itu makin tebal dan memperlahankan langkah Si Penjejak..



Sekali lagi Si Penjejak merasa kaku, kecewa, lemah. Mujur Si Pembimbing telah melakar warna sebaiknya atas kanvas hati Si Penjejak suatu ketika dahulu.. Lalu terdetik di hati Si Penjejak untuk menyerahkan segalanya kepada Pencipta Alam yang tidak terbatas kasih dan sayangnya, termaktub di ayat pertama Ummul Kitab..




"Ya Allah, tenangkanlah hatiku, jangan kau biarkan aku bergelumang noda, hilangkanlah kegelisahan hati, tetapkanlah imanku, sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terbaik untukku........ Dan seandainya dia tercipta untukku, semaikan kasih antaranya namun jika sebaliknya, kau jauhilah diriku dari kemurkaanMu"

Dan, sinar MATLAMAT mula menjengah kembali, menyuluh susur perjalanan.....

Cebisan dari saku


Hati atau "Qalbu" dalam bahs Arab bermaksud 'sesuatu yg berbolak balik'
Sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam tubuh ada seketul daging, apabila ia baik, nescaya akan baik seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah tubuhnya. Ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Bukhari.

Ah, nota nota sebegini selalu sahaja terselit dipoketku. Coretan dari sahabat-sahabat seperjalanan yang lebih teratur langkahnya.. Cuma lantaran terlalu 'sibuk' dengan 'perjalanan', tidak begitu diendahkan dan dihayati disebalik yang tersurat. Terlupa atau sengaja melupakan, hakikat sebenar hati ini sebagai 'enjin' meniti perjalanan itu. Agaknya silau warna pancaran dari celah-celah dahan itu yang membuatku lupa untuk men'servis' enjinku..

Terus kubaca nota itu..

Antara tanda orang yang mempunyai penyakit ‘keras hati’ ialah:


" Tidak melakukan solat secara berjemaah terutama solat Subuh.


l Meninggalkan al-Quran dalam diari kehidupannya, iaitu tidak membaca, menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya.


l Mencari rezeki dengan cara yang haram seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.


l Diri dihiasi dengan kesombongan, takabur, bangga diri dan sebagainya.


l Cenderung kepada dunia dengan melupakan kematian dan hari akhirat yang akan ditempuhinya.


l Penglihatan cenderung kepada perkara yang haram.


l Tidak muhasabah diri dan kuat berangan-angan.


l Banyak bercakap, ketawa dan suka berjenaka serta banyak makan dan tidur.


l Suka memarahi tanpa sebab yang diharuskan syarak.


l Suka berdusta, mengumpat dan mencela orang lain.


l Suka hadir dalam majlis yang boleh mencemarkan imej dan merosakkan akhlaknya disebabkan persekitarannya.


l Suka berdendam, hasad dengki dan saling benci membenci.


l Menghabiskan masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah.


l Sentiasa mengambil makanan atau minuman yang memabuk dan memudaratkan diri seperti dadah, arak, rokok dan sebagainya.


l Menghiasi kehidupan dengan hiburan semata-mata seperti nyanyian, menonton filem yang melalaikan dan membaca majalah hiburan dan sebagainya.



Astaghfirullah...
Agaknya sudah sekeras manakah hatiku ini? Mungkin sekadar keras di luar ataupun sepadat batu kerikil, atau sekeras-keras berlian?..Tidak hairanlah seringkali kegelisahan menjengah jiwa yang sering kosong ini.

 Ya Allah, yang membolak-balikkan hatiku, ampunilah dosa hambamu ini.. Seandainya daku pergi dengan hati sebegini, sungguh daku tidak mampu banyangkan azabMu yang maha pedih dan sudah tentu daku tidak berpeluang menghadap wajahMu yang agung...
Firman Allah bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik." (Surah asy-Syua'ra, ayat 88 - 89).

Para Muttaqin pernah memberi petunjuk… Bila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya. Al Quran itu bukankah penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun sekiranya masih keras jua… bangunlah di dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu.

Pasca sedar: Menoleh memori


Tiba-tiba Si Penjejak terlihat lumpur di kasutnya. terfikir sejenak, dari mana datang lumpur dan bagaimana ia wujud. Sekilas menoleh, terlihat saujana, sudah jauh rupanya si penjejak berjalan. Si Penjejak kembali mengimbas susur jalan dilalui..

Sebermulanya langkah, tidaklah susah kerana si penjejak ada pembimbing. Si Pembimbing yang sentiasa menjaga langkah Si Penjejak dari terpalit lumpur, terpijak duri, tersadung akar pokok atau tergelincir jatuh, terus disentap tangannya. Namun, tidak selamanya begitu. Si Penjejak harus berdikari.

Dalam langkah yang agak awal, Si Penjejak dibiar bertatih sendirian. Si Pembimbing hanya memerhati dari jauh. Tidak seperti Si Pembimbing, Penjejak masih keliru dengan simpang-siur jalan yang kadang-kadang agak sukar dimengertikan arahnya. Namun, berkat doa Si Pembimbing, Penjejak tabah mengharungi. Jauh di sudut hati, Penjejak masih bersyukur, masih ada orang yang mendoakan diri itu walaupun tidak nampak di mata dek jauhnya jarak pemisah.

Lumpur di kasutnya mengingatkan Si Penjejak akan kealfaannya pada suatu ketika. Dek kerana terpedaya dan terlalu asyik mengutip buah-buahan yang manis rasanya, hampir menutup hakikat racun pada manis itu. Penjejak tersadung rebah. Sehingga Si Pembimbing menitiskan air mata kecewa, barulah Si Penjejak sedar kesilapan sendiri. Suatu penyesalan yang tak sudah terus bersarang di hati Si Penjejak.

Namun, di kala rebah itulah Si Penjejak bertemu simpang jalannya. Tanpa sedar, langkah yang dilalui Si Penjejak semakin teratur, jarang sekali terpijak lumpur. Hanya percikan kadangkala hinggap tanpa sedar, segera dibersihkan sebaik mungkin......