Pasca Sedar (v2): Antara fitrah dan matlamat


"Setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibubapalah yg mencorakkannya samada Yahudi, Majusi atau Nasrani"..~mafhum hadith



Fitrah manusia itu putih suci, tidak ternoda oleh titisan tinta hitam dosa. Ibubapa diamanah utk mencorakkan warna-warna ilmu, garisan-garisan aqidah dan bentuk-bentuk akhlak.Walau banyak manapun elemen-elemen tersebut diguna, namun ia mesti berlandas prinsip-prinsip tertentu. Dua panduan warisan Nabi Muhammad SAW, mengajar perspektif terbaik, irama terindah serta pengulangan yang konsiten, pastinya menghasilkan corak yang maha hebat.Dari corak inilah, lahirnya peribadi yang mulia seperti Imam As-Syafie, pemerintah agung Sultan Muhammad Al-Fateh-menawan Konstatinopole pd umar 24 tahun.

Namun, manusia juga dicipta dengan fitrah lain seperti keinginan (pasangan, kekayaan, pangkat, harta) perasaan (marah, sedih, gembira) dan sebagainya. Firman Allah

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-Imran,14)

Dari perspektif yang lebih praktikal, sebagai mahasiswa atau lebih suka Si Penjejak tafsirkan sebagai Mujahid Ilmu, seindah mana pun kita dicorak oleh ibu bapa, tidak dapat tidak, kita mempunyai keinginan-keinginan tersebut, yang diciptakan Allah kedalam setiap diri insan. Corak yg baik mampu mengawal unsur tersebut agar selari dengan garisan-garisan aqidah, tidak kontra dengan warna-warna Ilmu serta serasi dengan bentuk-bentuk Akhlaq.
Namun, seringkali keinginan-keinginan sebegitu jika tidak dapat dikawal, mampu menjadi batu penghalang, yang menghalang terlihatnya sinar MATLAMAT kepada para mujahid ilmu. Ramai yang kecundang, tersasar..

*********************************************************************************

Sebagai Mujahid Ilmu, Si Penjejak sentiasa bersemangat, melangkah keras, agar dihadapan, paling tidak, seiringan dengan teman seperjuangan yang lain. JELAS, Si Penjejak ada matlamat. Namun, Si Penjejak juga manusia, keinginan-keinginan fitrah sering menjengah di kaca mata, kadangkala menghias sunyinya susur jalan..

Ada yang dapat dipenuhi, setelah diambil kira sebagai keperluan peribadi, instrument untuk capaian Ilmu. Namun, ada yang tidak dapat dipenuhi atas pelbagai faktor. Keingingan yang tidak dipenuhi ini seringkali muncul di kaca mata Si Penjejak, menjadikan pandangannya sedikit teralih dari sinar matlamat.
Pelbagai dilema muncul di kotak fikirannya, dikongsi dengan sebilangan sahabat yang amat dipercayai, dari latar belakang berbeza. Pengalaman dijengah kabus tersebut dikongsi, namun tidak jua reda ganguan tersebut..
Lebih mengejutkan, kabus itu makin tebal dan memperlahankan langkah Si Penjejak..



Sekali lagi Si Penjejak merasa kaku, kecewa, lemah. Mujur Si Pembimbing telah melakar warna sebaiknya atas kanvas hati Si Penjejak suatu ketika dahulu.. Lalu terdetik di hati Si Penjejak untuk menyerahkan segalanya kepada Pencipta Alam yang tidak terbatas kasih dan sayangnya, termaktub di ayat pertama Ummul Kitab..




"Ya Allah, tenangkanlah hatiku, jangan kau biarkan aku bergelumang noda, hilangkanlah kegelisahan hati, tetapkanlah imanku, sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terbaik untukku........ Dan seandainya dia tercipta untukku, semaikan kasih antaranya namun jika sebaliknya, kau jauhilah diriku dari kemurkaanMu"

Dan, sinar MATLAMAT mula menjengah kembali, menyuluh susur perjalanan.....

0 Response to Pasca Sedar (v2): Antara fitrah dan matlamat

Post a Comment